.::. sekolah kehidupan .::.

kenangan itu tidak berakhir bahkan terus hidup sampai ke akhir hayat

SKETSA

KISAH SEBUAH BANTAL

bantal.jpg

 

Selepas kematian Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar Abdul Aziz telah diamanahkan memegang urusan kaum Muslimin dengan memimpin mereka sebagai Khalifah. Pada hari pertama itulah menjadi hari paling sibuk bagi dirinya…. Menyelesaikan majlis pengebumian khalifah dan menghadiri masjid untuk menyatakan amanah yang dipikulkan di pundaknya…

 

Selesai berucap, Umar turun dari mimbar. Beliau ingin terus pulang ke rumah untuk berehat. Beliau berhasrat untuk mengembalikan tenaganya seketika setelah segala penat-lelah yang dilaluinya semenjak kematian Khalifah Sulamian….

 

Walau bagaimanapun, belum sempat Umar melabuhkan punggungnya, tiba-tiba anaknya, Abdul Malik yang ketika itu berusia 17 tahun datang seraya bertanya: “Apakah yang hendak dilakukan Amirul Mukminin?!”

 

“Anakku, ayah hendak melelapkan mata seketika. Sudah tidak bertenaga rasanya tubuh ayah ni…” jawab Umar perlahan.

 

“Apakah Amirul Mukminin akan melelapkan mata sebelum mengembalikan segala hak yang telah dirampas kepada pemilik asalnya?” tanya Abdul Malik.

 

“Anakku, ayah tidak tidur sepanjang malam semalam kerana menguruskan jenazah pak cik mu, Sulamian. Apabila masuk zuhur nanti, ayah akan bersolat bersama rakyat. Ayah akan mengembalikan segala hak kepada pemiliknya…dengan izin Allah,” jawab ayahnya.

 

 

“Wahai Amirul Mukminin, siapakah yang dapat menjamin ayah hidup hingga ke waktu Zuhur nanti?!” balas anaknya, Abdul Malik.

Kata-kata Abdul Malik ini umpama petir yang menyambar hatinya. Ia mula membakar semangat Umar dan hilanglah segala keinginannya untuk tidur. Lahir pula kekuatan dan kemahuan tekad yang jitu dalam kelesuan tubuhnya.

 

“Mari sini wahai anakku..”panggil Umar lembut. Abdul Malik pun menghampiri ayahnya. Umar pun memeluk dan mencium dahi anaknya sambil berkata: Segala Puji bagi Allah yang telah melahirkan daripada sulbi ayah seorang anak yang mampu membantu agama ayahnya..”

 

Umar pun bingkas bangun dan mengarahkan supaya orang ramai diberitahu bahawa sesiapa sahaja yang dizalimi hendaklah mengadukannya kepada khalifah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: