.::. sekolah kehidupan .::.

kenangan itu tidak berakhir bahkan terus hidup sampai ke akhir hayat

CELOTEH

CELOTEH DUA

Pada-Nya kita Memuji…Pada-Nya kita memohon…. dah lama x menulis. Ada banyak benda tapi x tau apa yang sesuai untuk kita bersama. mmm, just satu perkara yang selalu kita fikirkan (betul ke?)…. Apakah yang boleh Aku sumbangkan untuk ISLAM? Masing2 ada definisi dan orientasi amal mereka yang tersendiri.. Sesungguhnya kekuatan dan tahap kemampuan seseroang amat diambil-berat oleh Islam. Dengan inilah mereka maju membawa Panji Risalah ini ke seluruh dunia…Semoga sedikit coretan yang x seberapa ini dapat membantu sedikit sebanyak diri kita dalam memahami….

Masyarakat Islam cukup unik binaan strukturnya. Islam mendidik individu-individunya agar setiap orang daripada mereka menjadi satu unit lengkap yang lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata yang teguh, disusun bersama batu-bata lain dalam binaan yang besar. Proses ini bermula sejak pembentukkan masyarakat Islam pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul s.a.w(yang bermaksud):
“ Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada Humr an-Ni’am(sejenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq alaih].

batu.jpg
Semenjak saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah dan akidah yang murni dalam pemikiran mereka, begitu juga iman yang mendalam dan mantap di dalam jiwa mereka. Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka.

Setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu Ubaidah al-Jarrah: “Dia diutuskan sebagai sebuah umat”
Khalid al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah dan menumbangkan Rom di Tanah Arab. Abdul Rahman bin Auf di dalam bindang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperanan memecah monopoli Yahudi di Madinah yang sekian lama menguasai kegiatan ekonomi Madinah. Umar al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong di Madinah dijelajahinya untuk menangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa dihimpun setiap tahun untuk disoal-siasat. Prhimpunan haji saban tahun diadakan tele-aduan umat. Mus’ab Umair pula dalam usaha dakwah mewakili sebuah umat.Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki sinar dakwah dan petunjuk al-Quran. Muadz bin Jabal dalam soal halal haram mewakili sebuah umat. Zaidbin Thabit dalam soal hukum-hakam pusaka mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka yang demikian.

Benarlah kata-kata mereka yang menyifatkan: “Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”. Bukankah beliau mampu menyusun kembali tentera Muslimin yang kucar-kacir, menaikkan semangat juang mereka, mengacau bilaukan musuh, mencari titik kelemahan mereka dan lain-lain lagi.

Setiap orang daripada mereka hanyalah seorang individu, tetapi dengan tekad kemahuan serta amal kerja, dia seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana yang dikatakan:
“Amal seorang lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki”
Mereka berusaha seakan-akan tiada sesiapa di sekelilingnya yang turut serta bekerja bersamanya. Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengantangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empat keratnya sendiri.

Kesungguhan inilah yang didapati oleh Umar al-Khattab di kalangan tenterannya. Beliau berkata: “Sungguh mengkagumkan aku, panglima perang yang jika kamu melihatnya, kamu menyangkanya seorang tentera bawahan yang patuh. Turut mengkagumkan aku, tentera bawahan yang jika kamu melihatnya kamu menyangkannya seorang panglima berkaliber”
Lantaran ini, mereka telah mengubah sejarah dunia, memimpin dan membinannya dengan baik.
Tiada seorang pun di kalanagan mereka yang memperkecilkan dirinya atau apa yang dilakukannya. Mereka amat memahami sabda Rasulullah s.a.w: “Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat”[riwayat Bukhari]

islam.jpg
Amalkerja dan sumbangan mereka tidak terhenti di satu tahap, bahkan sampai ke penghujung nafas terakhir. Lihatlah Abu Ayub al-Ansori yang mati syahid di pinggir kota Konstantinopel dalam usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya, dia tidak menghentikan sumbangannya kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada Muslimin sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Nabi s.a.w: “Sekirannya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah-seorang daripada kamu anak benih, hendaklah dia menanamnya”[ Riwayat Ahmad]

Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa dalm masyarakat Muslim pada sepanjang zaman. Setiap individunya menjadi batu-bata kepada ISLAM. Mereka saling memperkukuhkan yang lain dalam segenap bidang dan lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih, sesiapa yang melihat binaan Islam akan berkata:
“Alangkah hebatnya Islam!Alangkah indahnya!”

Denganpenuh tawaduk dan ikhlas, mereka tidak rela diri mereka hidup dengan kehidupan haiwan yang didambakan oleh mereka yang kufur terhadap Allah s.w.t.“Dan orang-orang yang kafir berseronok dan makan seperti binatang ternakan.Nerakalah tempat mereka”[Muhammad:12] .mereka tidak berpeluk tubuh melihat sekeliling tanpa embuat sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat slogan Nabi s.a.w: “Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat-menguat satu sama lain”[Muttafaq alaih]

Lantaran itu kita dapat melihat Ibnu Haitham, Ibnu an-Nafis, Ibnu Rusyd dan Ibnu Sina saling lengkap melengkapi kepakaran mereka. Setiap seoranng saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan Islam. Akan tetapi pada zaman yang semakin kabur ghayah, bercampur aduknya visi hidup serta bersimpang siurnya misi masyarakat, pada masa yang sama binaan Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang agung?

Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepadda tuhannya, memerdekakan mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material?
Siapakah yang akan mewakili umat menyelamtkan mereka dari kejahilan?
Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh secular?
Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan martabat syariat dan menumbangkan kezaliman hukum manusia?
Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman Zionis dan Salibi Antarabangsa?
Siapakah yang akan mewakili umat memecah monopoli Yahudi dan Amerika Syarikat, menyediakan barangan alternatif kepada barangan mereka?
Siapa? Siapa? Siapa?
Pastikan kita!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CELOTEH SATU

 

 

Kuatnya hati kecil sebenarnya…..

Ramai orang sebenarnya mempunyai kekuatan dalaman…bahkan kekuatan itu lebih berkuasa dari mana-mana peluru Nuklear yang ada di dunia ketika ini… Jika kekuatan ini dimanfaatkan dan digunakan, sudah pasti Islam dan kaum Muslimin menikmati kesejahteraan berpanjangan…

Kisah Saad b.Abi Waqqas
Ketika mana ibunya mengadakan mogok lapar,
“Jika ibu memiliki 100 nyawa sekalipun dan ibu mati dicabut nyawa oleh Allah satu persatu untuk saya tinggalkan agama ini, tidak sama sekali!”

Kisah Abu Ubaidah al-Jarrah
Terpaksa membunuh ayahnya sendiri dalam Perang Badar, mengungkapkan kata-kata bagi mengubati dukanya,
“Aku tidak membunuh ayahku tapi aku membunuh syirik pada-Nya”

Kisah Uqbah bin Nafi’
Seorang panglima yang tidak kenal henti membebaskan negara-negara di Afrika, ketika berada di pesisir Lautan Atlantik,
“Jikalau aku tahu adanya daratan di sebalik lautan ini, nescaya akan kuredahi”

Kisah Qo’qo’ bin Ma’bad
Meredahi padang pasir yang kontang untuk membantu pasukan Islam dalam Perang Qadisiyah sejauh lebih 1000km, diminta oleh panglima Islam untuk berehat terlebih dahulu, jawapannya….
“Biarkan aku berehat dengan Jihad ini!!”

Kisah Imam Ahmad bin Hanbal
Terlalu dahsyat siksaan terhadap dirinya kerana usaha dakwahnya, membuatkan temannya menasihatinya untuk bersikap tolak ansur,
Aku hanya mengenal rehat setelah aku pasti salah satu kakiku di syurga”

Apakah rahsia mereka mampu melupakan kepentingan diri mereka??

Rahsianya hanya SATU… Kemahuan yang Meluap2 (Uluwul himmah)
Jalan Dakwah yang mulia ini bermula dengan langkah awal yang suci, penanaman sifat kemahuan yang tinggi…. Allah menegaskan dalam al-Quran:
Surah Ali Imran: 166-168
Surah Taubah:46
Surah al-Fath:11-16

Diikuti pesanan ar-Rasul s.a.w:
“Sesungguhnya Allah menyukai urusan yang tinggi dan membenci yang remeh temeh”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: